Nuffnang Ads

Mohd. Razib & Azizah

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 19, 2012

Cubaan resepi ke3 : cheese tart

Assalamualaikum!

Alhamdulillah...kali ni nak cerita tentang cubaan resepi untuk membuat blueberry cheesetart yang amat berhasil! Dan yang bestnye...skrg saya secara part time membuat cheese tart untuk tempahan..alhamdulillah...dengan itu, sy nak share kat sini resepi membuat cheesetart tu!here we go n selamat mencuba kawan2!

::bahan2 ::

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling 

::cara2 membuat::
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

Cream cheese filling yg dah siap..sweet pastry dan tart shells yg dah siap di bakar!

Ini die...dah siap order dari kawan saya!

repeat order from cik hanem..hihi


ok!selamat mencuba ye kawan2... :)



azizahsamson






No comments:

Post a Comment