Nuffnang Ads

Mohd. Razib & Azizah

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 18, 2012

Cubaan menu ke2 : rainbow cake

Last last week saya mencoba untuk merealisasikan impian untuk membuat kek rainbow. Dan akhirnya cobaan tu menjadi..nak jadikan cerite, kek tu sepatutnya dilapiskan dengan butter cream tapi disebabkan bahan2 tidak mencukupi, telah ku ubah dengan melapiskannya menggunakan cream cheese..so kek tu menjadi lebih sedappp!!...yahuuu...mari kite lihat!

::bahan2 yang diperlukan utk kek::

1. 2 cawan tepung naik sendiri
2. 1 1/1 cawan gula pasir dikisar halus
3. 5 biji telur ayam grade B
4. 250g butter
5. pewarna - hijau, kuning, biru, ungu, merah, oren.
6. 2 sudu kecil esen vanilla
7. 1/2 cawan susu pekat
8. air - sukatan air tak kisah sebab utk moistkan kek
9. hiasan - sy gune chocolate m&m je..ikut suka

::bahan2 utk cream cheese frosting::

1. 125g cream cheese
2. 60g butter
3. 60g gula icing
4. tambahkan sedikit perahan lemon...

::cara2::

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air. 
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar. 
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

    ##Note: sy gantikan butter cream tu dengan creamcheese frosting. lagi sedap tau..cubalah!  
    tapi sy xhias cantik pun...sebab tak kreative!haha...





ok..selamat mencube.... ;p

No comments:

Post a Comment