Nuffnang Ads

Mohd. Razib & Azizah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 1, 2014

Jom Singgah! RNR Tanjung Dua Belas SKVE

Jom Singgah Makan!

Sesiapa yang melalui Lebuhraya SKVE, jomlah singgah makan di gerai suami saya di RNR Tanjung Dua Belas arah Timur, SKVE.. :)

Menu special adalah MEE BANDUNG MUAR!



Mee Bandung Muar



Mee Rebus Johor


Mee Kari


Tauhu Bakar Bestt







Marilah singgah ye..di Gerai Senandung Rindu, GE-04, RNR SKVE Tanjung Dua Belas, Arah Timur!




Thursday, March 14, 2013

Happy 2nd Anniversary to US!

Bismillahirrohmanirrohim..

12.03.2011 ~ 12.03.2013

“The most wonderful of all things in life, I believe, is the discovery of another human being with whom one's relationship has a growing depth, beauty, and joy as the years increase. This inner progressiveness of love between two human beings is a most marvelous thing; it cannot be found by looking for it or by passionately wishing for it. It is a sort of divine accident, and the most wonderful of all things in life.”

Alhamdulillah..Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kami sentiasa. amin...

Friday, February 8, 2013

Kota Kinabalu Trip - Part 1

Assalamualaikum..

hmm..sangat teringin nak update la pasal trip to KK on last January tapi sampai sudah tak sempat nak update. katenye..hihi.. so harini nak cerite sikit2 la pasal trip to KK tu...gamba pun xbanyak and tak sempat nak hanta kedai pun. ape lagi nak upload.haha,...since day 1 pegi sane hari tu cume upload via fb and instagram je..tu pun asik duk kene tegur ngan en. suami sbb manjang pegang henponnnnn je katenye..haha. ok..lets start!




Flight Ticket - kami booked ticket flight dah setahun ok!semua gara2 nakkan tambang murah air asia ler...haha ..see!since may 2011 kot ;p

Kami ke sane 5 orang..macam biase la adik ipaq aka bff aku tu mesti ade.hihi..saya, husband, bed, boy n anaknya qisya..total air flight ticket kami semua rm660 pegi dan pulang. ok kan? berbaloi kan? murah kan? haa..ok. terima kasih air asia walaupun mcm naik bas. haha.ala..sekejap je pun...

nak jadikan cerite, disebabkan nak tiket murah kan so pegi pun malam..balik pun malam. 

Bertolak pergi 10 Jan 2013 - 9.25pm
Bertolak balik 14 Jan 2013 - 8.10pm

Kesian kan? ;p hihihii..paling kesian mestilah kat baby kan..die tak berapa selesa. kalau tau mesti dah pilih sit vip utk si bed n si kenit qisya tu..huhu



Penginapan - beberapa minggu before ke sane, saya dah sibuk2 carik tempat penginapan kat sane. google2, survey2, tengok2 blog org yang dah ke sane, akhirnya saya decide duk kat KK je. mula2 ingat nak bermalam 1 malam kat Kundasanng ke, tp mcm piki2 balik, xpela kot..malas nak pindah2..so saya pun membooking Promenade Service Apartment yang harganya agak murah! serious!ok la jugak kan..cume agak tertipu ingatkan ade bath tub, bolehlah si kenit qisya tu main2 air nnt rupe2nye xde..hmm..eh tu kan nak masukkan dalam entry lain kan?oopps!hahaterpecah rahsie plak. 



untuk kos penginapan, kami mem'booking' 2 unit studio suite kat promenade service apartment untuk 4 hari 3 malam, total lebih kurang harga tiket jugak RM626. ok la jugak kan? kan??

Checked in 11 Jan 2013 - 2.00pm
Checked out 14 Jan 2013 - 2.00pm 

Oklah!

sumber : google (bukan gamba sebenar kereta tu..hihi)

sewa kereta - haaa...yang ni best sikit. saye dah carik2, google2 serta buat mcm2 nak dapatkan kereta. tp macam mahallll je nak sewe. sume range rm 130++ tu pun kancil je kot. ingat nak selese sikit la sbb pikirkan jalan jauh ke kundasang yang nak amek mase 2 jam dari kk dengan bawa budak kecik tu..so akhirnya en. suami dapat meng'contact' sahabatnye yg kat sane..die mule2 dapatkan kelisa utk sewa rm80 per day. last minute kereta habis n dapatla kami kereta myvi yang sewanya rm100 per day. ok la!kalau through agent sewe ketera tu saye tanye untuk myvi adalah rm150~160 per day!ke aku yang xpandai carik?hahaha..ok!selesai hal kereta!

kami sewe kereta tu untuk 4hari jugak. rugik!bile pikir2 balik better sewa kereta time nak ke tempat jauh2 je..sbb apartment yg kitorang sewe kat kk, dekat ngan pasar, dekat ngan semuanya..but its ok. dah lepas pun!hahaa..so total kos sewa kereta RM400 disitu!



ok!malas pulak nak mengayat. sambung kemudian la ye.so ni saya bg itenarary kos untuk saye kesane (untuk 4+1 orang la ye)

Air Flight Ticket : RM660/5 = RM132/person (pergi balik)
Penginapan : RM626/2 unit studio suite/ = RM313/ 4Hari 3Malam yee...
Transportation : RM400/4hari

Total: RM1,686.00 untuk ticket+penginapan+transport untuk 4 orang dewasa dan seorang kanak2 ke? infant lagi kot..

mahal tak??

ok. next entry nanti saye bgtau mane tempat yang kitorang pegi ye! =)

Assalamualaikum!

~AzizahSamson~






Sunday, January 20, 2013

Yang Pertama di 2013

Alhamdulillah.. 

kite dah pun masuk ke tahun 2013..and this year memang ler banyak sangat planning kami untuk masa depan. semoga dipermudahkan oleh Allah..amin.. 

1. Pembukaan tahun - bercuti. sudah. 
2. Hubby nak bukak kedai makan yg pertama - in progress 
3. nak besarkan bisnes uptown kami - masih kumpul modal balik 
4. Mohon Allah beri kami zuriat. amin... 
5. Nak bayar hutang2..amin moga dipermudahkan. 
6. Nak beli rumah..amin moga dipermudahkan 
7. Nak KURUS! ahaaaaaa 

 ok till then. nnt nak buat entry yg pertama tu..our 1st trip to KK. 

 see ya! =)

Monday, November 19, 2012

Cubaan resepi ke3 : cheese tart

Assalamualaikum!

Alhamdulillah...kali ni nak cerita tentang cubaan resepi untuk membuat blueberry cheesetart yang amat berhasil! Dan yang bestnye...skrg saya secara part time membuat cheese tart untuk tempahan..alhamdulillah...dengan itu, sy nak share kat sini resepi membuat cheesetart tu!here we go n selamat mencuba kawan2!

::bahan2 ::

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling 

::cara2 membuat::
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 

Cream cheese filling yg dah siap..sweet pastry dan tart shells yg dah siap di bakar!

Ini die...dah siap order dari kawan saya!

repeat order from cik hanem..hihi


ok!selamat mencuba ye kawan2... :)



azizahsamson






Sunday, November 18, 2012

Cubaan menu ke2 : rainbow cake

Last last week saya mencoba untuk merealisasikan impian untuk membuat kek rainbow. Dan akhirnya cobaan tu menjadi..nak jadikan cerite, kek tu sepatutnya dilapiskan dengan butter cream tapi disebabkan bahan2 tidak mencukupi, telah ku ubah dengan melapiskannya menggunakan cream cheese..so kek tu menjadi lebih sedappp!!...yahuuu...mari kite lihat!

::bahan2 yang diperlukan utk kek::

1. 2 cawan tepung naik sendiri
2. 1 1/1 cawan gula pasir dikisar halus
3. 5 biji telur ayam grade B
4. 250g butter
5. pewarna - hijau, kuning, biru, ungu, merah, oren.
6. 2 sudu kecil esen vanilla
7. 1/2 cawan susu pekat
8. air - sukatan air tak kisah sebab utk moistkan kek
9. hiasan - sy gune chocolate m&m je..ikut suka

::bahan2 utk cream cheese frosting::

1. 125g cream cheese
2. 60g butter
3. 60g gula icing
4. tambahkan sedikit perahan lemon...

::cara2::

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air. 
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar. 
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

    ##Note: sy gantikan butter cream tu dengan creamcheese frosting. lagi sedap tau..cubalah!  
    tapi sy xhias cantik pun...sebab tak kreative!haha...





ok..selamat mencube.... ;p

Monday, November 12, 2012

Philea Resort & Spa, Ayer Keroh

Assalamualaikum.... 
 Lama sangat tak update blog sendiri..tup2 dah dekat penghujung tahun 2012..belek2 blog lain kawan2 dah yg ade baby..yg baby die dah pandai jalan..dah pandai cakap..yg b2b dah kawin..dah pregnant..alhamdulillah..sy belom ade rezeki lagi..alhamdulillah..dah setahun 8bulan kami berkahwin..cuma Allah belum nak bagi rezeki.. :) Oleh sebab harini nak feeling2 masih pengantin baru yg dah lama..nak update gamba pegi berjalan2 la..gamba2 tu sume dah lama..just nak share..perasan..tp nak share sbb tempat tu best!here we go~~~ 

 Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka
06.02.2012 - 07.02.2012

















serious sgt best!tp kami bermalam satu malam je la..xlarat kot nak bayar utk bermalam2..hihi..sctually kami pergi ni sempenan setahun anniversary yg lalu..;p..ok nnt kamu2 kalau nak pegi bolehla tengok2 kat website die ok..sampai berjumpe di lain update!hahaaaa..byebye!





Thursday, June 14, 2012

Rindu!

Assalamualaikum!
hoho..sangat rindu untuk meng'update' blog ku yang dah bersawang ni..hmmm...
Ok..nak share kat sini td baru buat gift utk tetamu sempena majlis perkahwinan adik iparku minggu hadapan..kire ni last minute pikir n terus buat.haa..jeng..jeng..jeng..







Sunday, December 18, 2011

Monday

I need holiday!
tq.




Saturday, August 20, 2011

Bisnes Coklat Sampingan =)

Assalamualaikum dan hai.... =)

Alhamdulillah....dapat gak update blog yang dah berkurun dan bersawang ni..hehe...sempena bulan Ramadhan ni..i ade la buat bisnes kecik2 yg mcm sblm ni gak...amek tempahan chocolate...alhamdulillah...xbanyak, sikit ade la duit raye untuk diri sendiri nanti....hehehe...

antare kaluaran2 coklat i..i amek yg simple2 je...xde la buat yg pening2...sbb buat sndri n atas bantuan encik suami..kalau last year buat usehesame ngan my friend, zura...tp this year die pulak order kat kite.hehehhe...apepun i amek je..rezeki jgn ditolak...mudah2an berkat rezeki bulan baik ni kan....

ni die blog chocolate kite...>>>>>SINI<<<< pun mcm dah bersawang sikit...hehe...